suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno Hilang Kuasa Jika Melayu Berpecah - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menggesa masyarakat Melayu supaya bersatu atau berisiko kehilangan sebuah kerajaan yang menjaga kepentingan bangsa itu.

"Sekarang kita berpecah dan ia boleh menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika itu berlaku, saya takut ia akan menamatkan perjuangan Umno yang menjaga kepentingan bangsa Melayu," katanya ketika berucap pada pertemuan Gerakan Melayu Bersatu Demi Islam di Kelab Sultan Sulaiman di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata, jika pembangkang menang, kerajaan akan diterajui oleh DAP, parti yang tidak mempunyai kepentingan terhadap bangsa Melayu di hati mereka.

Bagaimanapun, beliau menambah, rakyat perlu memberi kritikan terhadap kerajaan bagi menghalang daripada berlaku penyelewengan.

"Saya telah berada di sini sejak sekian lama dan melihat banyak perkara, jadi bila saya mengkritik, saya ada alasan sendiri.

"Jika saya perdana menteri yang mencuri dan mengambil rasuah, jangan membuta tuli menyokong saya, nasihatlah saya," kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, rakyat perlu memastikan pemimpin negara tidak melakukan sesuatu tindakan yang salah.

"Kita bertuah kerana dapat hidup dalam sebuah negara yang terlepas daripada peperangan dan bencana besar seperti gempa bumi dan gunung berapi.

"Oleh itu, marilah kita bekerjasama untuk mengekalkan apa yang kita ada dan bukannya berpecah," katanya.

Melayu, Dr Mahathir

Artikel Lain