suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 1,000 Jemaah Sertai Majlis Kesyukuran, Doa Selamat Sempena Pertabalan Sultan Perak

Sebahagian jamaah membaca surah Yassin ketika Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Ubuddiah Kuala Kangsar Ahad malam.-BERNAMA

KUALA KANGSAR: Lebih 1,000 jemaah menghadiri majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Ahad malam.    

Berangkat sama ke majlis itu Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain dan kerabat diraja Perak.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan tetamu kenamaan yang lain. 

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib diikuti bacaan tahlil dan Yasin dipimpin oleh Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.  Selesai bacaan Yasin, baginda bersama-sama para jemaah menunaikan solat Isyak yang diimamkan Imam Masjid Ubudiah Helmi Ibrahim.  

Baginda kemudian berkenan berangkat ke jamuan ringan sebelum berangkat pulang.

Majlis kesyukuran serupa turut diadakan di semua masjid, surau, institusi pengajian tinggi awam, maktab, kolej dan sekolah berasrama penuh di Perak. 

Pada Isnin, Sultan Nazrin dijadual berangkat ke pameran koleksi gambar baginda yang berlangsung selama sebulan di Dewan Bandaran Ipoh anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi Multimedia dan Jabatan Penerangan. 

Selain itu baginda akan berangkat ke Pertandingan Akhir Pidato dan Penyampaian Hadiah Penulisan Esei yang diadakan bersempena istiadat pertabalan. -BERNAMA

Pertabalan Sultan Perak

Artikel Lain