suria

Rafizi, Hishamuddin Akan Dibebas Pada Lewat Malam

Rafizi Ramli
PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan aktivis Hishamuddin Rais dijangka akan dibebaskan pada tengah malam Sabtu.

"Pegawai penyiasat, ASP Redzaime Abd Hamid, telah memberikan pengesahan bahawa mereka akan dibebaskan pada malam ini tetapi kita masih menunggu kenyataan direkodkan," kata peguam Rafizi, Sivamalar Genapathy kepada The Star Online, Sabtu.

Sivamalar, yang kini berada di Balai Polis Dang Wangi dengan Rafizi dan Hishamuddin berkata besar kemungkinan mereka akan dibebaskan pada tengah malam.

Kedua-dua mereka ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan bantah GST pada Jumaat.

Rafizi ditahan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur sekitar tengah hari Sabtu selepas beliau telah pergi ke sana untuk memberi kerjasama kepada polis berhubung siasatan perhimpunan tersebut.

Rafizi kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi dan ditangkap kerana perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

Hishamuddin pula telah ditangkap kira-kira pukul 2 petang di rumahnya dan juga dibawa ke Dang Wangi.

Artikel Lain