Jangan Terpengaruh Dengan 'Impian Sarawak' - Adenan - Semasa | mStar

Jangan Terpengaruh Dengan 'Impian Sarawak' - Adenan

KUCHING: Rakyat di negeri ini tidak sepatutnya terpengaruh dengan 'Impian Sarawak' yang dibawa parti pembangkang DAP, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata DAP hanya melaksanakan beberapa projek namun pemimpin mereka sering mengheboh-hebohkan perkara berkenaan.

"Mereka umpama seperti ayam yang bertelur sebiji, namun riuh sekampung," katanya ketika melancarkan pelaksanaan projek naik taraf jalan dari bulatan Matang E-Mart ke Stapok dan Batu Kawa di sini dengan kos sebanyak RM 145 juta.

DAP negeri mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menafikan hak asasi rakyat luar bandar dan gagal untuk menyediakan infrastruktur asas kepada mereka dan mahu membetulkan kepincangan tersebut melalui konsep 'Impian Sarawak'.

Adenan berkata, hanya kerajaan jua, akhirnya mampu untuk melaksanakan projek yang besar, kekal dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Sudah pastinya kami tidak menabur janji semata-mata. Kami tidak percaya hanya semata-mata bercakap atau mengkritik," katanya menambah bahawa kerajaan persekutuan membiayai projek berkenaan untuk menaik taraf jalan sedia ada kepada laluan empat lorong sepanjang 4.4 kilometer untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Kita juga berharap rakyat akan membalasnya apabila kerajaan memerlukan bantuan mereka semasa pilihan raya umum," katanya.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata projek naik taraf itu dijadual siap pada Oktober, 2017.

"Projek ini dan banyak lagi projek seperti kerja naik taraf Lebuhraya Pan Borneo akan menjadikan hubungan dan kerjasama sangat rapat antara kerajaan negeri dan persekutuan," katanya.

Sarawak

Artikel Sebelum

Guru Agama Warga Myanmar Cabul Murid

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain