suria

Perutusan Khas: Langkah Pembaharuan Fiskal

Najib diiringi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Perutusan Khas "Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC di sini, Selasa.

PUTRAJAYA: Strategi Kedua memberi tumpuan untuk meneruskan langkah pembaharuan fiskal dan penggabungan untuk meningkatkan hasil negara.

Menerusi Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seperti berikut:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak RM400 juta.

Bagi langkah  merasionalisasi perbelanjaan pula, kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak RM1.6 bilion;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak RM400 juta bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak RM3.2 bilion; dan 

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak RM300 juta.

Artikel Lain