suria

Kapal Tunda Tenggelam: Seorang Rakyat Malaysia Hilang, 21 Orang Meninggal Dunia

BEIJING: Dua puluh satu orang telah disahkan meninggal dunia selepas kapal tunda tenggelam ketika melakukan percubaan di sungai terpanjang Yangtze, China, jelas laporan media negara itu pada Sabtu.

Kapal itu ditarik naik ke permukaan selepas 40 jam tenggelam semasa percubaan dilakukan yang melibatkan 25 orang termasuk lapan daripadanya adalah warga asing ketika kejadian pada Khamis lalu.

Anggota penyelamat masih mencari seorang lagi mangsa yang masih hilang. Semua penumpang kapal itu adalah lelaki.

Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia hilang selepas kejadian itu.

Wisma Putra berkata pihaknya cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa tempatan mengenai kejadian itu melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai.

Manakala media di China mengenal pasti mangsa dari Malaysia itu sebagai Cheong Kin Chin.

"Air masuk ke dalam kabin bot terlalu cepat,  kurang daripada 20 saat ia sudah dipenuhi air," jelas  Wang Zhenkai yang terselamat dalam insiden itu.

Wang menemani seorang juruteknik dari Jepun untuk  menguji enjin, walaupun kapal itu dibuat dan dilengkapkan di China, kata laporan.

Sementara itu, kerajaan wilayah berkata kapal tunda tersebut menjalani ujian tanpa prosedur yang diperlukan dan tidak melaporkan keadaan kapal itu mengikut peraturan.

kapal tenggelam, warga malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain