suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daim Sedia Bekerjasama Dengan SPRM

Daim Zainuddin.
KUALA LUMPUR: Tun Daim Zainuddin berkata beliau sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan terhadap perniagaan perbankannya di luar negara.
 
"Saya bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dengan SPRM dalam penyiasatan mereka," kata bekas menteri kewangan itu dalam satu kenyataan pada Khamis.

Daim juga berkata beliau mempunyai keyakinan terhadap kemampuan SPRM untuk menjalankan siasatan tersebut.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan Daim mengesahkan memiliki sebuah bank di Tanzania, namun menafikan terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Daim dipetik oleh laporan berita sebagai berkata beliau telah disiasat dua kali sejak 1999 berhubung perkara itu, dan tiada apa yang tidak kena dalam siasatan itu.
Daim Zainuddin, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain