suria

QZ8501: Mangsa Meninggal Dunia 3 Hari Lalu - Laporan Awal

-foto AFP
SURABAYA: Laporan awal forensik mendapati bahawa dua mayat pertama yang ditemui akibat nahas pesawat AirAsia Indonesia, penerbangan QZ8501, seorang lelaki dan seorang wanita, berada dalam keadaan baik.

Ketua Unit Identiti Bencana (DVI) Jawa Timur, Komisioner Besar Budiyono bagaimanapun pada Rabu berkata mayat-mayat itu sudah reput kerana mangsa dipercayai telah meninggal dunia kira-kira tiga hari lalu.

Beliau berkata kedua-dua mayat dipindahkan ke Hospital Bhayangkara di wilayah Porda, kira-kira 40km dari Surabaya untuk tujuan pengecaman.

"Kami tidak menerima butir-butir lengkap mengenai identiti mereka kerana kami hanya menerima mayat pada hari ini (Rabu). Kami memerlukan masa untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita di Hospital Bhayangkara di sini.

Tambahnya, proses pengenalan itu akan melibatkan pakar-pakar perubatan seperti patologi, pakar DNA dan odontologists, yang kemudian akan menentukan punca kematian.

Selepas proses mengenal pasti dilakukan, mayat akan diserahkan kepada ahli-ahli keluarga.

Terdahulu dilaporkan bahawa tujuh mayat, termasuk seorang pramugari, masih dalam proses untuk dipindahkan dari Pengkalan Bun di wilayah Kalimantan ke Surabaya.

Artikel Berikut

Dugaan Tetamu Tak Diundang

Artikel Lain