suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah Kendalian Jais Dibuka 12 Januari

SHAH ALAM: Sesi persekolahan 2015 bagi sekolah di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan bermula pada 12 Januari, selaras dengan sekolah-sekolah kendalian Kementerian Pendidikan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor setelah mengambil kira keadaan dan kesukaran semua pihak yang terlibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri, antaranya Kelantan dan Terengganu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Rabu, beliau juga berharap sekolah-sekolah swasta di Selangor akan turut menangguhkan permulaan sesi persekolahan agar tidak timbul sebarang kekeliruan dalam masyarakat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan pada Isnin lalu mengumumkan tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor pada 11 Jan (Ahad), manakala negeri-negeri lain pada 12 Jan (Isnin).

Penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira sekolah-sekolah yang terlibat sama ada digunakan sebagai pusat pemindahan sementara atau yang dinaiki air dan mengambil masa untuk dipulihkan.


Jais, Banjir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain