suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Osman Salleh Dilantik Ketua Polis Perak

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (tengah) menyaksikan majlis serah terima tugas oleh pemangku Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam (kanan) kepada Ketua Polis Perak yang baharu Datuk Osman Salleh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh, Selasa.

IPOH: Datuk Osman Salleh, sebelum ini Ketua Polis Negeri Sembilan, dilantik sebagai Ketua Polis baharu Perak berkuat kuasa Selasa.

Beliau mengambil alih tugas yang dipangku Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam.

Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun yang mewakili Ketua Polis Negara.

Osman, 58, merupakan ketua polis Perak ke-27, menggantikan tempat Datuk Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Bukit Aman dengan pangkat Pesuruhjaya Polis.

Osman yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, mempunyai kelulusan dalam bidang Sarjana Sains Sosial Universiti Kebangsaan Malaysia dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 39 tahun lepas.

Perak, Ketua Polis, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain