Skim Insurans Murid Sekolah Diteruskan Tahun Depan - SPAD - Semasa | mStar

Skim Insurans Murid Sekolah Diteruskan Tahun Depan - SPAD

KUALA LUMPUR: Murid sekolah yang menaiki bas sekolah berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada sesi persekolahan tahun hadapan akan terus dilindungi Skim Insurans Murid Sekolah. 

SPAD dalam satu kenyataan pada Jumaat menasihatkan ibu bapa supaya memilih pengendali bas sekolah yang berdaftar demi keselamatan anak-anak mereka.
 
Suruhanjaya itu juga meminta pengendali bas sekolah yang masih belum berdaftar supaya mengesahkan perkhidmatan mereka bagi melayakkan mereka mendapat skim insurans itu dan menikmati manfaat lain. 

Skim insurans itu memberi perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan perlindungan maksimum RM100,000. 

Ia juga meliputi kegunaan bas sekolah untuk aktiviti luar seperti rombongan, lawatan sambil belajar dan program kurikulum tambahan yang disahkan oleh pihak sekolah. 

Sejak diperkenalkan pada Januari 2013, sebanyak 10 kes tuntutan skim insurans telah direkodkan membabitkan jumlah RM316,612.10. 

Selain itu, SPAD turut memberi bantuan khas kepada pengusaha bas sekolah yang ingin mengggantikan bas sekolah lama kepada yang baharu melalui Skim Penggantian Bas Sekolah. 

Skim itu akan berakhir pada 31 Disember dan sehingga kini, 200 pengendali bas telah mendapat bantuan tersebut. 

SPAD , insurans , bas sekolah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa