suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

T.Mohan Nafi Terlibat Pertengkaran Dengan Palanivel

T.Mohan.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T.Mohan menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam pertengkaran dengan Presiden Datuk Seri G.Palanivel yang berlaku semasa mesyuarat jawatankuasa kerja di Ibu Pejabat parti itu pada Khamis.

Dalam satu kenyataan kepada The Star, Mohan berkata, beliau bersama dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengiringi Palanivel ke keretanya selepas mesyuarat selesai.

"Kami berjalan keluar bersama-sama selepas mesyuarat itu dan kami memutuskan untuk menghantar presiden ke keretanya dengan selamat ketika beberapa ahli parti mendesak beliau supaya meletak jawatan dan didakwa cuba menyerangnya.

"Kami mahu segalanya berjalan dengan lancar tetapi apabila ahli parti melihat Light Strike Force (LSF) di luar perkarangan bangunan itu, senario berubah dan kebanyakan ahli bertindak agresif," katanya.

Mohan bersama dengan Pengarah Strategik MIC, Datuk Seri S.Vell Paari, Ketua Puteri MIC, J.Usha Nandhini dan Pengerusi MIC Cawangan Ampang Jaya, Datuk N.Muniandy antara beberapa pemimpin yang dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat bersama Palanivel pada Khamis.


T.Mohan, MIC

Artikel Lain