Ali Abd Jalil 'Bergurau' Ditahan dan Akan Kembali Ke Malaysia - Semasa | mStar

Ali Abd Jalil 'Bergurau' Ditahan dan Akan Kembali Ke Malaysia

PETALING JAYA: Wisma Putra dan Bukit Aman masing-masing menafikan menerima maklumat mengenai penahanan Ali Abdul Jalil di Sweden seperti mana yang didakwa aktivis politik itu menerusi media sosial pada Jumaat.

Menerusi laman Facebooknya, dia mendakwa ditahan Interpol dan akan dihantar pulang ke Malaysia apabila mencatatkan: "Saya ditahan Interpol. Malam ini akan dibawa pulang ke Malaysia dan akan tiba di KLIA pada 12 tengah hari. Saya tidak akan mengalah."

Wakil Wisma Putra itu berkata, pihaknya sedang mendapatkan pengesahan konsulat di Stockholm berhubung dakwaan Ali itu kerana setakat ini tiada makluman berhubung perkara itu diterima.

Sementara itu, Bahagian Interpol Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri juga menafikan pihaknya menerima laporan daripada rakan di Sweden berhubung penahanan lelaki berusia 29 tahun itu.

Bagaimanapun pada Sabtu, Ali menerusi portal The Rakyat Post menjelaskan dia hanya bergurau.

Ali berdepan tiga pertuduhan menghasut kerana menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor.

Dia melarikan diri ke Sweden pada Oktober untuk mendapatkan perlindungan dan mendakwa tidak dilayan dengan adil oleh pihak berkuasa dan diugut samseng dan kumpulan perkauman di negara ini.

Lelaki itu juga mendakwa dilindungi mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Peraturan Dublin apabila mendapatkan perlindungan di Sweden.

Minggu lalu, pasport Ali dan bloger seks, Alvin Tan ditarik balik dan Jabatan Imigresen meminta kedua-duanya supaya segera menyerahkan dokumen itu.

Ali Abd Jalil , Facebook , Interpol , Sweden

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Instagram 'Kalahkan' Twitter

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu