suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pramugari AirAsia Thai Dicurah Air Panas Oleh Penumpang

PETALING JAYA: Seorang pramugari melecur selepas dicurah dengan air panas oleh penumpang yang marah dalam penerbangan AirAsia Thailand dari Bangkok ke Nanjing.

Juruterbang penerbangan sewa khas pada petang Khamis berpatah balik ke Bangkok selepas berlakunya insiden itu dan meminta penumpang tersebut bersama tiga yang lain yang bersama-sama dengannya turun, lapor AP.

Pramugari berkenaan diberi bantuan kecemasan oleh rakan-rakannya, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Di pejabat lapangan terbang, kapten dan anak-anak kapal berbincang tentang situasi tersebut dengan penumpang Cina itu memandangkan tindakannya dianggap memberikan risio kepada penerbangan dan mencapai 'kesimpulan secara baik', menurut kenyataan itu.

Menurut laporan media Cina, mi segera dilemparkan kepada pramugari tersebut bersama-sama dengan air panas.

Radio Nasional China juga menyiarkan klip video di internet yang menunjukkan seorang lelaki sedang berdiri di kabin, membuat ancaman bom, kata laporan itu.

Walau bagaimanapun, kenyataan syarikat penerbangan itu tidak menyebut mengenai ancaman bom.

Kenyataan itu juga menyebut sama ada empat penumpang itu telah dibenarkan menaiki semula pesawat yang berlepas kira-kira lima jam selepas waktu pelepasan asal.

Artikel Lain