suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Wujud Lagi Kartel Kad Pengenalan Palsu Di Sabah - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi.

PUTRAJAYA: Kartel penghasilan kad pengenalan palsu secara tersusun atau berstruktur tidak lagi wujud di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kegiatan kartel yang mungkin wujud dahulu itu, dapat dibanteras hasil tindakan proaktif dan naziran ketat yang dilaksana kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun, katanya, orang ramai diminta memaklumkan kepada kementerian sekiranya mempunyai maklumat kegiatan kartel sedemikian masih wujud serta individu yang menjalankan kegiatan tersebut.

"Jika masih ada individu yang terlibat, kami mahu orang ramai memaklumkan kepada kementerian atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan dapat segera dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi peringkat kementeriannya di sini Jumaat.

Artikel Berikut

Artikel Lain