suria

Penggubal Undang-Undang Gesa Bank Negara Siasat Syarikat Pelaburan Emas

KUALA LUMPUR: Beberapa penggubal undang-undang menggesa Bank Negara menyiasat operasi sebuah syarikat pelaburan emas tempatan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang telah disenaraihitam.

Julian Tan (DAP-Stampin) berkata beliau telah menerima aduan daripada beberapa individu yang telah melabur dengan syarikat tersebut. (Global Peace Loving Family). 

"Beberapa pelabur, terutama warga emas, telah melabur beribu-ribu ringgit dengan syarikat itu. 

"Mereka kini bimbang kehilangan wang simpanan mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada sidang media Khamis.

Syarikat itu, katanya, yang menjalankan operasi di sembilan pejabat di Sarawak dan lima di Semenanjung Malaysia memberi jaminan kepada pelabur pulangan RM56,000 selepas dua tahun melalui pembayaran yuran keahlian RM3,000 dan pelaburan.

Alice Lau Kiong Yieng (DAP-Lanang) berkata beliau telah didatangi oleh syarikat itu berserta janji bantuan kewangan untuk projek-projek komuniti rumah panjang jika beliau memberikan sokongan. 

Bagaimanapun, beliau enggan berbuat demikian selepas bertanya dengan lebih lanjut tentang tentang kemampuan kewangannya untuk membantu dalam projek ini.

Sementara itu, Lim Lip Eng (DAP-Segambut) menggesa pihak berkuasa menyiasat syarikat itu memandangkan ia telah disenarai hitamkan oleh Bank Negara.

Beliau berkata syarikat itu akan mendapatkan naungan orang kenamaan tempatan dan ahli-ahli politik untuk acara-acara mereka dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelabur.

"Kita tidak mahu berulangnya kes YSLM di mana pengasasnya yang dibenarkan untuk meninggalkan negara ini hanya untuk ditangkap di Thailand baru-baru ini setelah beroperasi selama dua tahun," katanya.

Beliau menggesa mereka yang telah melabur tampil ke hadapan untuk membuat laporan dengan pihak berkuasa jika mereka telah ditipu.

Artikel Lain