suria

Ahli Kumpulan Pengganas Khalistan Tiger Force Ditahan Di Johor

KUALA LUMPUR: Seorang anggota kumpulan pengganas India Khalistan Tiger Force yang berusia 36 tahun ditahan di Johor Baharu oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman pada 24 Oktober. 

Dia yang merupakan warganegara India telah menggunakan pasport palsu Nepal. 

Dia dipercayai merupakan anggota kumpulan pengganas yang bertanggung jawab atas pembunuhan mantan Presiden Rashtariya Sikh Sangat, Rulda Singh pada Julai 2009.

Kumpulan yang sama juga dipercayai bertanggungjawab terhadap beberapa siri pengeboman di Punjab pada tahun 2010.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan pembunuhan itu, suspek dan pemimpin Tiger Force Jagtar Singh Tara telah melarikan diri ke Nepal dan Thailand sebelum memasuki Malaysia. 

"Jagtar Singh masih bebas dan usaha memburunya masih diteruskan.

"Kami percaya dia mungkin bersembunyi di salah sebuah negara-negara Asia," katanya dalam satu kenyataan Khamis.

Beliau menambah kejayaan menangkap suspek adalah hasil daripada kerjasama erat antara Bukit Aman dan pihak berkuasa India.

"Tangkapan terbaru menjadikan jumlah pengganas Sikh yang ditahan di Malaysia sejak tahun 2009 kepada enam.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah," katanya.

Ketua Polis Negara berkata suspek telah dihantar pulang pada Rabu.

Artikel Lain