Warga Itali Hilang Di Lahad Datu - Semasa | mStar

Warga Itali Hilang Di Lahad Datu

KOTA KINABALU: Polis Sabah masih giat mengesan seorang lelaki warganegara Itali yang dilaporkan hilang sejak tiba di Lahad Datu pada 13 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Katanya maklumat terakhir melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diterima pihak polis mendapati mangsa, William Bocchi, 52, dikesan mendaftar masuk di Hotel Four Point di Sandakan pada 13 Okt jam 9.25 malam dan mendaftar keluar pada 14 Okt.

"Sehingga sekarang usaha-usaha mengesan telah diperluaskan ke Lahad Datu, Semporna dan Sandakan. Mungkin kita akan perluaskan ke kawasan pedalaman hingga ke Kinabatangan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Menurut Jalaluddin pihaknya telah mengarahkan semua ketua polis daerah di timur Sabah untuk mengedarkan gambar William untuk mengesannya dan percaya kehilangan William tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Jalaluddin berkata Kedutaan Itali sudah menghubunginya mengenai kejadian itu.

Katanya orang ramai juga diminta segera menghubungi pihak polis sekiranya terlihat mangsa.

Bocchi, seorang peniaga, tiba di Kota Kinabalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12 Okt sebelum meneruskan penerbangan pada keesokan harinya dan tiba di Lahad Datu pada jam 1.05 petang. 


Lahad Datu , Hilang , Itali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Maut Diseret Keretapi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT