Bot Tempur CB204 Tiba Di Pangkalan TLDM Sepanggar - Semasa | mStar

Bot Tempur CB204 Tiba Di Pangkalan TLDM Sepanggar

KOTA KINABALU: Bot tempur CB204 yang ditemui petang Isnin lepas setelah dilaporkan hilang lebih 30 jam di Perairan Mengalum, Sabah tiba di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar pada tengah hari Rabu.

Ia tiba pada kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Antara yang menerima kepulangan kru bot tempur tersebut ialah para anggota TLDM yang diketuai oleh Panglima Wilayah Laut 2 di pangkalan TLDM itu, Laksamana Muda Datuk Mohammad Rosland Omar. Turut serta adalah ahli keluarga mereka.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad lalu sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

bot tempur , TLDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Neymar terus kekal di PSG?