suria

Sebelas Buah Motosikal Musnah Dalam Kebakaran

Gambar hiasan.

KLANG: Penghuni blok B, flat Taman Kapar Setia, Air Itam gempar apabila 11 buah motosikal di tempat letak kenderaan disitu, musnah terbakar dalam kejadian awal pagi Selasa.  

Kejadian itu disedari pengawal keselamatan yang sedang menjalankan rondaan apabila terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 4.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Suptrintendan  Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi berkata kebakaran itu dikesan berpunca daripada sebuah motosikal di situ yang terbakar.

"Saksi (pengawal keselamatan) serta seorang lagi rakan setugasnya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sebuah motosikal yang berada ditengah-tengah deretan motosikal sedang terbakar...api yang marak merebak ke motosikal lain di situ ," katanya.

Beliau berkata kebakaran itu dapat dipadamkan sepenuhnya dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian.

Katanya, siasatan polis di lokasi kejadian tidak menunjukkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat.

motosikal terbakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain