suria

Satelit Measat-3B Dilancar Jumaat Ini

KUALA LUMPUR: MEASAT Global Berhad (MGB) mengumumkan satelit MEASAT-3B atau nama penuhnya, Malaysia East Asia Satellite, akan dilancarkan pada pukul 5.21 pagi (waktu Malaysia), Jumaat ini, di European Spaceport di Kourou, French Guiana.

Dalam kenyataan pada Rabu, MGB berkata MEASAT-3B dilengkapi dengan 48 transponder Ku-band berkuasa tinggi bagi menyokong perkhidmatan video dan data merentasi Malaysia, India, Indonesia dan Australia.

MEASAT-3B akan dilancarkan ke dalam slot orbit di mana ia akan di kolokasi dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3A bagi membentuk kedudukan orbit yang paling berkuasa dan rancak di rantau ini.

"Kami berharap pelancaran ini akan berjaya," kata Ketua Pegawai Eksekutif Measat Satellite Systems Sdn Bhd, Paul Brown-Kenyon.

Beliau berkata inistiatif membangunkan MEASAT-3B dimulakan pada Jun 2011.

"Satelit Malaysia ini, yang terbesar dan paling canggih setakat ini, merupakan hasil kerjasama lebih tiga tahun antara MEASAT, pembuat satelit, Airbus Defence and Space, serta penyedia perkhidmatan pelancaran, Arianespace," katanya.
MEASAT-3B

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain