suria

Penyelesaian Luar Mahkamah Sebahagian Rancangan - Peguam Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membayangkan bahawa penyelesaian kes Bank Islam di luar mahkamah membabitkan pinjaman hampir RM70 juta sememangnya sebahagian daripada rancangan sejak 2007.

 

Mathew Thomas berkata, perkara itu bagaimanapun perlu mendapat penjelasan berikutan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pada 21 Ogos lalu yang mendedahkan maklumat 'peribadi dan sulit' daripada mesyuarat ahli Jawatankuasa Pas Pusat berkaitan penyelesaian itu.

Thomas mendakwa, dengan berbuat demikian Khalid Samad menimbulkan lebih banyak spekulasi.

"Berkaitan penyelesaian antara Khalid Ibrahim dan Bank Islam (M) Berhad (BIMB), saya boleh mengesahkan bahawa sejak seawal 2007, adalah menjadi sebahagian perancangan untuk membuka ruang kemungkinan perkara ini diselesaikan di luar mahkamah. Ia bukan sesuatu yang baharu.

"Bagaimanapun, terma penyelesaian di luar mahkamah itu adalah sulit antara kedua pihak dan sebarang pendedahan perlu mendapat kebenaran BIMB, dimana kami tidak memperolehinya," katanya.

Khalid Samad berkata, mesyuarat dua jam pada 21 Ogos bersama Thomas dan peguam Derek Fernandez adalah sesuatu yang membuang masa kerana ia menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan perkara itu.

Pertemuan itu, katanya diatur Khalid Ibrahim selepas PAS bersedia menjadi 'orang tengah' antara beliau dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha untuk membersihkan namanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain