suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harga Kereta Dijangka Turun 1-3 Peratus Selepas GST

Gambar hiasan.
KUALA LUMPUR: Institut Automotif Malaysia (MAI) menjangka harga kereta secara purata turun antara satu hingga tiga peratus dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya M. Madani Sahari berkata berdasarkan simulasi MAI, sepatutnya ada sedikit penurunan harga kereta dengan GST, kemungkinan antara satu hingga dua peratus bagi kebanyakan model termasuk kereta import.

"Sasaran kami bagi jualan keseluruhan kenderaan (TIV) tahun depan ialah 700,000 unit kerana harga kereta akan lebih kompetitif. Bagi tahun ini, kami mengunjurkan TIV 670,000 unit," katanya selepas Persidangan Teknologi Tahunan Altair 2014, di sini, Rabu.

Beliau berkata tidak ada gunanya menunggu membeli kereta selepas pelaksanaan GST, yang katanya, hanya memberi kesan minimum kepada harga kereta baharu.

Bagaimanapun, nilai kereta terpakai dijangka terus jatuh, purata antara lima hingga 10 peratus setahun, katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain