Saya Bukan Calon Pengkalan Kubor - Saifuddin - Semasa | mStar

Saya Bukan Calon Pengkalan Kubor - Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail.
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempunyai banyak perkara untuk dilakukan dan tidak akan dinamakan sebagai calon parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.


Menafikan khabar angin bahawa beliau akan dinamakan, Saifuddin berkata: 'Tidak, tidak sama sekali. Saya bukan calon. Saya tidak akan bertanding. Saya mempunyai banyak tugas untuk dilakukan'.

Malah Saifuddin berkata, beliau tidak tahu mengenai khabar angin itu.

Ketika PKR dan PAS bergelut mengenai kerusi Pengkalan Kubor, spekulasi bahawa Saifuddin merupakan calon pilihan partinya untuk bertanding dalam PRK itu tersebar.

Saifuddin, 50, tidak asing lagi di negeri Kelantan kerana beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Machang dari 2008 hingga tahun lalu.

Kerusi Pengkalan Kubor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar dari Barisan Nasional (BN) pada 20 Ogos akibat penyakit kanser.

Saifuddin berkata, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat pada Selasa bersetuju parti itu perlu bertanding untuk kerusi tersebut seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"PKR Kelantan mencadangkan bahawa kami menamakan calon pada PRK kali ini dan kepimpinan pusat mempersetujuinya. Kami akan membawa perkara ini kepada kepimpinan PAS untuk keputusan akhir," katanya.

PAS turut mengintai untuk bertanding di kerusi tersebut dan yakin boleh menawan semula kerusi yang pernah mereka menangi pada 1999.

Saifuddin berkata walaupun PKR dan PAS berminat dengan kerusi Pengkalan Kubor, hanya satu parti dari Pakatan Rakyat akan bertanding.

"Ia sama ada PKR atau PAS, bukan kedua-duanya. Mana-mana parti yang bertanding akan mendapat sokongan daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata kedua-dua parti akan duduk dan berbincang mengenai calon yang akan bertanding.

Namun, beliau menegaskan Pakatan perlu mengatur semula strategi sekiranya mahu memenangi kerusi tersebut.

"Kadang kala, kita perlu melihat semula rancangan dan memikirkan bagaimana untuk mendapat kemenangan besar. Tiada masalah tentang perkara itu. Apa yang penting adalah keputusan akhir," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain