suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Enam Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat Empat

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Kem Batu 10 dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik yang lain di sekolah.

Beliau berkata ibu mangsa, yang berusia 30-an, pula keluar bekerja.

"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya.

Abdul Aziz berkata mangsa, yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira 7.30 malam.

"Identiti mangsa masih dalam siasatan, dan polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya. 

maut, jatuh, Kem Batu 10

Artikel Berikut

Artikel Lain