Ops Daulat: 131 Terima PKN - Semasa | mStar

Ops Daulat: 131 Terima PKN

KUALA LUMPUR: Seramai 131 individu mendapat pengiktirafan apabila menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganugerahan khas itu disampaikan kepada anggota keselamatan serta pegawai awam yang berjuang dan memberi khidmat sokongan dalam Ops Daulat di Sabah.

Antara barisan menteri Kabinet yang menerima pingat tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengetuai senarai penerima diikuti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Selain itu, turut menerima anugerah tersebut adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim; dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut mendapat PKN adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Majlis penganugerahan itu diadakan di Dewan Banquet, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Semarak, di sini, pagi Khamis.

PKN , Lahad Datu

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu