suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Insiden Tumbuk Jurugambar: Nirvana Tutup Mulut

PETALING JAYA: Pihak pengurusan Pusat Peringatan Nirvana Sungai Besi dekat sini enggan memberi sebarang maklum balas berhubung insiden ahli keluarga mangsa MH17 menumbuk jurugambar New Straits Times Press (NST), Mohd Aizuddin Akmal Saad.

Timbalan Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Operasi NV Care Sdn Bhd, Teh Khai Lin ketika dihubungi mStar Online memaklumkan beliau tidak boleh memberitahu apa-apa mengenai kejadian tersebut.

"Maaf saya tidak boleh komen mengenai insiden yang berlaku," katanya ketika dihubungi mStar online pada Rabu.

Difahamkan, keluarga mangsa telah memaklumkan kepada pihak Nirvana bahawa mereka tidak mahu sebarang liputan media ketika jenazah tiga ahli keluarga mereka dibawa ke pusat berkenaan.

Bagaimanapun, pengurusan Nirvana dikatakan tidak menyampaikan permintaan keluarga mangsa itu kepada media.

Situasi itu menimbulkan kemarahan ahli keluarga mangsa hingga berlaku insiden yang tidak diingini itu dan menyebabkan Mohd Aizuddin mengalami kecederaan, manakala kameranya serta lensa rosak.


Pusat Peringatan Nirvana, MH17

Artikel Lain