Nasrudin Terus Pertikai Isu Nepotisme Dalam Pakatan - Semasa | mStar

Nasrudin Terus Pertikai Isu Nepotisme Dalam Pakatan

Pelantikan Ariffahmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan pernah mendapat kritikan kerana dikaitkan dengan isu nepotisme.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi sekali lagi mempertaikaikan isu nepotisme menerusi status terbaru Facebooknya dengan mengaitkan kejadian yang pernah menimpa menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Ir Ariffahmi Ab Rahman.

Dalam status itu, Ahli Parlimen Temerloh menggunakan su pelantikan Ir Ariffahmi yang pernah dikritik apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) pada 2009. 

Status berhubung nepotisme itu adalah yang kedua selepas beliau mengkritik tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang cuba melantik isterinya sebagai menteri besar Selangor baharu.

"Sewaktu Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, Ariffahmi pernah dikritik hebat apabila dilantik sebagai CEO PMBK. Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS pusat telah menasihati kerajaan negeri Kelantan dan Ariffahmi akur dan mengundurkan diri.

"Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini.

"... atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu Nik Aziz, tidak kepada yang lain?," katanya.

Bersama status tersebut Nasrudin turut menyediakan sambungan berkenaan sidang media Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang pernah mempertikai isu nepotisme dalam PKR.

Pada Jumaat, Nasrudin turut memuat naik status menyindir Anwar kerana mencalonkan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai calon tunggal menteri besar Selangor.

Ia berikutan kenyataan Anwar pada Khamis yang berkeras untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar Selangor dan keputusan itu adalah muktamad.

Justeru, beliau mahu semua pihak, termasuk PAS menerima keputusan yang dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos lepas.

Rabu lalu, pihak istana meminta parti-parti pakatan rakyat untuk mengemukakan lebih dari dua calon menteri besar untuk dipertimbangkan sebelum atau pada 3 September ini.

Bagaimanapun, PKR dan DAP bertegas akan hanya menyokong Wan Azizah untuk jawatan itu itu.

Ariffahmi , Wan Azizah , MB Selangor , PMBK , nepotisme

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain