Kerajaan Akan Rampas Rumah RPA Yang Disewakan - Semasa | mStar

Kerajaan Akan Rampas Rumah RPA Yang Disewakan

KANGAR: Kerajaan Perlis akan menarik balik rumah yang diberi di bawah rancangan perumahan awam (RPA) jika didapati pemilik menyewakannya kepada pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mat Hassan berkata langkah keras itu dilihat perlu memandangkan operasi baru-baru ini mendapati ramai pemilik RPA berbuat demikian.

"Projek RPA bertujuan memberi kemudahan tempat tinggal kepada rakyat yang tidak memiliki rumah. Jika sudah ada rumah mereka tidak layak memohon dan boleh dianggap menipu sekiranya sudah ada rumah," katanya pada Isnin.

Menurutnya rumah yang dirampas itu akan diberi kepada penyewa.

Mengenai operasi yang dilaksana oleh Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri terhadap RPA Kampung Sena di sini baru-baru ini, beliau berkata sebanyak 40 unit disewakan termasuk beberapa buah dijadikan stor penyimpanan barang.

"Kerajaan negeri tidak akan membiarkan pemilik asal yang hanya membayar RM124 sebulan mencari keuntungan mudah dengan menyewakan rumah mereka kepada pihak lain," kata Mat.

Sehubungan itu beliau berkata kerajaan negeri akan menjalankan operasi secara menyeluruh bagi memastikan RPA terbabit didiami oleh pemilik sebenar.

Pada masa yang sama kerajaan negeri juga mengumpulkan maklumat mengenai rakyat miskin yang tidak ada rumah, katanya.


RPA , Perlis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain