suria

Malaysia Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan Lanjut MH17 - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Australia, Julie Bishop di Ukraine.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pasukan Siasatan Khas MH17 dari Malaysia akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan lanjut terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Penegasan itu disampaikan dalam amanatnya kepada pasukan siasatan khas itu pada sesi taklimat di Kiev, Ukraine, pada Khamis.

Ahmad Zahid, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Kiev pada Rabu malam dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat berkenaan.

Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. 

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas selepas ia dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas.
MH17, Ahmad Zahid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain