Pengganas Pimpinan Rusia Pindah Mayat Untuk 'Jalankan Autopsi' - Ukraine - Semasa | mStar

Pengganas Pimpinan Rusia Pindah Mayat Untuk 'Jalankan Autopsi' - Ukraine

KUALA LUMPUR: Kerajaan Ukraine mendakwa pengganas yang dipimpin Rusia memindahkan 38 mayat mangsa nahas MH17 ke rumah mayat di Donetsk.

Menurut 'posting' terkini mengenainya di laman web kerajaan Ukraine, pengganas pimpinan Rusia telah menghalang siasatan dilancarkan terhadap kemalangan pesawat Malaysia Airlines MH17 di Ukraine.

"Mereka menghalang akses oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan asing ke lokasi kemalangan.

"Kerajaan telah dimaklumkan bahawa pengganas telah meindahkan 38 mayat mangsa ke rumah mayat di Donetsk, di mana 'pakar' dengan loghat Rusia mendakwa bahawa mereka berhasrat untuk menjalankan autopsi.

"Kumpulan-kumpulan pengganas juga cuba untuk mendapatkan pengangkutan kargo besar untuk menggerakkan sisa-sisa pesawat ke Rusia," katanya.

Laman web itu berkata: Pengganas, yang mendapat sokongan Rusia telah cuba untuk memusnahkan bukti jenayah antarabangsa ini.

"Kami menggesa masyarakat antarabangsa memaksa Rusia untuk membawa pulang pengganas dari Ukraine dan untuk membolehkan pakar-pakar Ukraine dan antarabangsa untuk mengadakan siasatan menyeluruh mengenai tragedi itu," katanya.

"Kerajaan (Ukraine) menyediakan semua peralatan teknikal dan kakitangan yang diperlukan untuk mengadakan penyiasatan dan pemeriksaan forensik, serta segala cara untuk menghantar pulang mayat mangsa ke negara-negara masing-masing.

"Tetapi pada peringkat ini, kumpulan-kumpulan pengganas yang dipimpin Rusia mengelakkan ini daripada berlaku," kata laman web itu.

Penerbangan MH17 adalah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam apabila ia terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis. 


Ia dilaporkan telah ditembak jatuh oleh pemisah pro-Rusia.
autopsi , Mh17

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain