MH17: Malaysia Kehilangan Bakal Saintis - Semasa | mStar

MH17: Malaysia Kehilangan Bakal Saintis

Mohd Ali Salim

KOTA BAHARU: Mohd Ali Salim, seorang daripada mangsa tragedi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diibarat bakal permata buat negara, kata bekas pensyarahnya di sini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains Universiti Sains Malaysia Prof Dr Jafri Malin Abdullah berkata bekas pelajarnya itu merupakan bakal pensyarah dalam bidang "Development Neuropsychopathology"..

"Saya rasa kita telah kehilangan bakal saintis yang dapat membantu rakyat Malaysia, beliau ada enam bulan lagi untuk habiskan pengajiannya itu di Universiti Erasmus di Rotterdam, Belanda.

"Beliau merupakan pelatih yang saya sayang selepas mengenalinya sejak lima tahun lepas dan beliau merupakan anak Melayu yang bijak mengikuti pengajian dalam bidang yang begitu sukar," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Jafri Malin berkata beliau sedih dengan apa yang berlaku dan mengangap ia merupakan ketentuan ilahi.

"Dia seorang yang mempunyai wawasan, rajin dan berdedikasi serta ingin membantu anak muda dalam bidang yang di pelajarinya," kata beliau.

Kali terakhir beliau berhubung dengan pelajarnya itu adalah dua hari sebelum kejadian itu.

"Kami berhubung melalui e-mel dan beliau menyatakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut Hari Raya," katanya dan menambah kata Mohd Ali sudah dua tahun tidak pulang ke kampung.

Pesawat Boeing 777 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, Wilayah Timur Ukraine, pada Khamis lepas.

Malaysia , MH17 , MAS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain