suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tony Fernandes Kembali Ke Twitter

Tony Fernandes
PETALING JAYA: Twitter mahukan beliau kembali! Bos Air Asia Tan Sri Tony Fernandes kini telah kembali ke Twitter selepas tiga minggu mengejutkan pengikutnya apabila beliau menyahaktifkan akaunnya pada 27 Jun lalu.

"Selepas menerima pujukan daripada pengikut dan lain-lain lagi, saya kembali di Twitter. Ia merupakan satu rehat yang baik," beliau menulis tweet pada 14 Julai pada pukul 11.59 malam. 

Tweet beliau itu telah di 'retweeted' lebih dari 160 kali. 

Pengikut-pengikutnya bergembira dan mengucapkan 'selamat kembali'.

Rais Husin (@Rais Husin) menggesa Fernandes menjadi dirinya sendiri dan terus merealisasikan impian orang ramai.

"Jadilah diri anda sendiri. Anda telah melakukan dengan baik untuk ramai untuk merealisasikan impian mereka," katanya.

Pada 27 Jun, Fernandes berkata beliau mungkin mempertimbangkan untuk kembali ke Twitter.

Twitter, Tony Fernandes

Artikel Lain