Lima Lelaki Ditahan, Geng Samun Kargo Tumpas - Semasa | mStar

Lima Lelaki Ditahan, Geng Samun Kargo Tumpas

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Datuk Hasnan Hassan (kanan) dan pegawainya menunjukkan gambar treler dengan muatan besi kargo yang berjaya ditemui dengan penahanan pemandu treler berkenaan dan empat lelaki di Tampoi dan Skudai pada sidang media di Stor Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor pada Rabu.

JOHOR BAHARU: Polis Johor menyelesaikan dua kes samun kargo termasuk satu dengan muatan besi bernilai RM300,000 selepas menangkap lima lelaki termasuk seorang pemandu treler di Nusajaya, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata polis bertindak menahan pemandu treler berusia 30-an itu selepas siasatan mendapati dia membuat laporan palsu mengenai trelernya disamun pada 3 Julai lepas.

"Pemandu itu menerusi laporan polis pada 3 Julai mendakwa treler bermuatan besi yang dipandunya disamun di Kawasan Industri Lima Kedai dekat Gelang Patah di sini.

"Siasatan mendapati dia berbohong dan dia ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Hasnan berkata susulan soal siasat terhadap suspek, polis menahan empat lagi yang berusia 23 hingga 36 tahun di Tampoi dan Skudai.

Katanya polis kemudian merampas sebuah treler bernilai RM200,000 selain tiga keping surat penghantaran daripada suspek yang dipercayai turut terbabit dalam satu lagi kes samun kargo di Nusajaya.

Menurut Hasnan siasatan polis mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah dan seorang lagi positif dadah.

Kelima-limanya ditahan reman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaaan, katanya.

Mengulas kes lain, Hasnan berkata polis sedang memantau 57 pusat hiburan keluarga dan 60 premis yang beroperasi seakan-akan pusat hiburan keluarga tidak berlesen atau lesen tamat tempoh, serta dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian.

Ini kerana katanya siasatan mendapati ada pengendali premis memanipulasi sesetengah permainan video di dalam premis mereka untuk tujuan perjudian dengan kaedah pertukaran mata terkumpul kepada wang tunai.

Beliau berkata sejak tahun lepas hinga Jun lalu, pihaknya melakukan 929 serbuan dan menahan 1,955 individu selain merampas 2,824 unit mesin di pusat hiburan keluarga, dalam usaha membanteras perjudian. 


Polis

Artikel Sebelum

Masa Sukar Bagi Doktor

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain