Pesakit JE Ammar Muqrish Dipindah Ke Wad Biasa - Semasa | mStar

Pesakit JE Ammar Muqrish Dipindah Ke Wad Biasa

GEORGE TOWN: Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) akan dipindahkan ke wad biasa dalam tempoh dua hari lagi bergantung keadaan kesihatannya.

Ibunya Haniza Ayub, 40, berkata anaknya itu masih dirawat di Unit Rawatan Kardiologi (CCU) sebuah hospital swasta di Bayan Lepas, di sini dan menunjukkan perkembangan yang semakin baik.

"Doktor yang merawatnya memaklumkan kepada saya hari ini bahawa keadaan Ammar semakin baik dan dia juga makin kurang diserang sawan serta tekanan jantung dan darah juga semakin stabil.

"Jika keadaan Ammar semakin baik, doktor beritahu Ammar mungkin akan dipindahkan ke wad biasa esok atau lusa bergantung kepada perkembanganya. Alhamdulilah, kami sekeluarga sangat berharap dia segera sembuh," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini pada Isnin.

Katanya Muhammad Ammar Muqrish juga sudah mula sedar dan memberi respons setiap kali namanya dipanggil.

"Ammar seorang anak yang kuat, saya percaya dia sedang melawan penyakitnya itu. Dia juga mula memberi respons kepada semua orang dan akan senyum bila namanya dipanggil," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Datuk Dr Lailanor Ibrahim ketika dihubungi berkata kanak-kanak perempuan Norain Nasuha Shukri berumur dua tahun lima bulan yang turut dijangkiti virus JE masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Katanya keadaan kesihatan kanak-kanak itu bertambah baik, namun Norain Nasuha masih menerima rawatan fisioterapi bagi membolehkannya berjalan seperti biasa.

"Kanak-kanak itu juga memberi respons yang baik terhadap rawatan yang diterimanya," katanya.

Dr Lailanor berkata pihaknya masih meneruskan langkah-langkah kawalan dan pengesanan kes secara aktif di sekitar kawasan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini bagi mengelak penularan virus JE.

"Kita juga turut memantau keadaan kesihatan penduduk kampung berkenaan bagi memastikan mereka bebas virus berkenaan," katanya.

Rabu lepas, Norain Nasuha disahkan dijangkiti virus JE selepas pemeriksaan darah (Serum Serologi untuk JE) pada 24 Jun lalu adalah positif.

Kes itu adalah yang ketiga selepas seorang murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor dekat sini, Muhammad Ammar Muqrish disahkan dijangkiti virus yang sama dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Lepas di sini.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun dari Lorong Seratus Tahun, di sini, yang kini dalam proses pemulihan.


JE

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain