Juara Liga Super 2014: Khamis Cuti Umum Johor

JOHOR BAHRU: Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim mengumumkan bahawa Khamis, 26 Jun sebagai cuti umum bagi negeri itu berikutan pasukan Johor Darul Takzim FC (JDT) bergelar juara Liga Super 2014 pada malam Rabu.

Pengumuman itu dibuat di Dataran Bandaraya di sini dalam satu perhimpunan yang terdiri daripada para penyokong JDT yang menonton siaran langsung perlawanan antara pasukan itu dengan Sarawak di Stadium Negeri di Kuching, Sarawak.

JDT menewaskan Sarawak dengan 1-0, diikuti dengan Selangor yang mengungguli tempat kedua.

"Keputusan untuk menjadikan esok (Khamis) sebagai cuti umum selepas mendapat perkenan Sultan Johor.

"Ia merupakan kemenangan besar buat Johor selepas gagal untuk memegang sebarang gelaran sejak 24 tahun lalu," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah, cuti umum itu sebagai tanda kesyukuran buat rakyat Johor.

Ia merupakan kemenangan pertama untuk JDT sebagai kelab bola sepak, apabila negeri itu sebelum ini memenangi liga itu pada 1991.

JDT, cuti umum, Datuk Ismail Karim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain