suria

Kerajaan-Visa Adakan Kerjasama Promosi Tahun Melawat M'sia 2014, Festival M'sia 2015

Dr Ong (kanan) bersama dengan Naib Presiden Produk Pelanggan Visa, Ruben Salazar Genovez pada majlis menandatangani MoU antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bersama Visa. Foto ART CHEN / THE STAR

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengadakan kerjasama dengan Visa bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2004 dan Tahun Festival Malaysia 2015.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, menjadikan Visa sebagai kad rasmi dapat memberikan "peluang tanpa batasan untuk mencapai khalayak global yang belum pernah berlaku lagi menerusi rangkaian global Visa" kepada kementerian.

"Ia merupakan signifikan dengan melibatkan Visa sebagai rakan strategik bagi membantu kita mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan Tahun Festival Malaysia 2014 kepada dunia," kata dalam ucapannya yang dibacakan oleh ketua setiausaha kementerian, Datuk Dr Ong Hong Peng di sini, Rabu.

Ong turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewakili Kementerian.

Mengenai kerjasama strategik itu, Nazri berkata, ia merupakan inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru.

Katanya, Visa akan membantu mempromosikan acara dan festival di negara ini sepanjang tahun ini dan 2013 serta membantu untuk memberi penekanan kepada pakej pengembaraan dan tawaran promosi terbaik.

Menurut Nazri, diharapkan negara dapat mencatatkan ketibaan 28 juta pelancong dan RM76 bilion dalam perbelanjaan pelancong pada tahun ini.


Artikel Lain