suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Kewangan Platform Ideal Khidmat Untuk Rakyat - Tee Yong

Chua Tee Yong.

PETALING JAYA: Portfolio Kementerian Kewangan merupakan platform yang baik untuk memberi khidmat lebih baik kepada Kerajaan dan rakyat, kata Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong yang diumumkan sebagai Timbalan Menteri bagi Kementerian itu pada Rabu.

Beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas kepercayaannya terhadap beliau dengan memberikan peluang berkenaan.

Chua, yang merupakan akauntan bertaulihan berkata, beliau akan berusaha untuk membawa lebih banyak dasar lebih baik yang dapat memanfaatkan rakyat dan negara.

Ahli Parlimen Labis berusia 37 tahun itu ketika ini dalam lawatan rasminya ke China, turut berterima kasih kepada parti dan anggotanya atas sokongan mereka.

Artikel Lain