suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja Angkat Galang Kotak MRT Kajang Bermula

Projek MRT SBK sejauh 41.5 km berjalan lancar.
KUALA LUMPUR: MMC Gamuda Project Delivery Partner telah mengambil langkah besar dalam pembangunan Projek Transit Aliran Massa (MRT) dengan memulakan kerja-kerjamengangkat Galang Kotak Teruas (SBG) bagi landasan Sungei Buloh-Kajang (SBK).


Kerja mengangkat SBG ini merupakan satu proses yang teliti serta memerlukan banyak perhatian terperinci dan keutamaan diberikan kepada keselamatan pekerja, kata Timbalan Pengarah Pembinaan bagi Projek, Adli Putra, pada majlis pelancaran malam Selasa.

Proses mengangkat telah dijalankan di Jalan Damansara yang menyaksikan tiga hingga empat SBG diangkat dalam masa sejam.

Syarikat itu akan mengendalikan 21 gantri pelancar secara serentak bagi landasan SBK sepanjang 41.5 kilometer yang memerlukan pemasangan 17,000 unit SBG.

Untuk mengurangkan kesulitan kepada pengguna jalan raya, syarikat itu telah merangka pelan pengurusan trafik secara menyeluruh dan akan menjalankan kerja-kerja mengangkat dari pukul 10 malam hingga 6 pagi.

Setakat ini, 45.6 peratus pembinaan jejambat dan 65.1 peratus daripada kerja-kerja pembinaan bawah tanah MRT telah siap.

Fasa pertama projek ini, iaitu dari Sungei Buloh ke Jalan Semantan di Damansara, dijangka siap menjelang Disember 2016 manakala fasa kedua, dari Jalan Semantan ke Kajang akan siap menjelang Julai 2017.


Artikel Lain