suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Gaung

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dalam gaung berhampiran tapak projek sebuah kawasan perumahan di Machang Bubuk, di sini pada Rabu.

Jurucakap polis berkata mayat lelaki yang ditutup dengan sekeping papan lapis itu ditemui oleh pekerja tapak projek berkenaan pada 10.45 pagi.

"Lelaki yang tidak diketahui bangsanya itu ditemui dalam keadaan tertiarap dalam gaung sedalam lima meter dan ketika ditemui mangsa memakai t-shirt warna hitam serta berseluar jeans," katanya di sini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan lelaki itu dibunuh di kawasan tapak projek perumahan berkenaan dan mayatnya dibuang di dalam gaung berkenaan.

Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan polis percaya lelaki berkenaan mungkin pekerja di tapak projek itu berdasarkan penemuan sebelah kasut kanvas biru berhampiran mayat itu manakala sebelah lagi kasut milik lelaki itu ditemui di kawasan projek berkenaan.

"Polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Polis minta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya.


Bukit Mertajam

Artikel Lain