suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tahanan Larikan Diri Dari Mahkamah Serah Diri

KOTA BAHARU: Seorang tahanan lelaki yang melarikan diri dari sebuah mahkamah di Pasir Mas semalam, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek berusia 19 tahun itu melarikan diri pada 1.15 tengah hari selepas didakwa atas tuduhan merogol.

"Suspek telah menyerah diri dengan diiringi peguamnya di IPD Pasir Mas pada pukul 11.17 pagi ini," katanya ketika dihubungi Selasa.

Suspek melarikan diri daripada kawalan polis ketika dibawa menaiki lori polis bersama-sama beberapa tahanan lain.

Mazlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada tahanan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
tahanan lari, serah diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain