Tiga Sayap Pemuda Parti Komponen BN Di Sabah & Sarawak Tandatangani MoU - Semasa | mStar

Tiga Sayap Pemuda Parti Komponen BN Di Sabah & Sarawak Tandatangani MoU

KOTA KINABALU: Sayap Pemuda bagi tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membentuk barisan bersatu dalam menangani isu-isu yang memberi kesan kepada negeri ini.

Pergerakan Pemuda yang terlibat ialah Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

"Melihat asal-usul ketiga-tiga parti, tidak dapat dinafikan bahawa perjuangan kita adalah sama, iaitu untuk melindungi hak-hak serta mencapai kecemerlangan untuk manfaat rakyat Sabah," kata Ketua Pemuda PBRS Arthur Joseph Kurup.

Antara perjuangan bersama mereka adalah kenaikan royalti petroleum, menangani masalah pendatang tanpa izin dan peruntukan sekurang-kurangnya sebanyak 35% kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak.

Ketua Pemuda Upko Arthur Sen berkata dengan MoU itu, pergerakan Pemuda dari parti komponen BN di Sabah dan Sarawak tidak perlu berasa diketepikan lagi.

"Dengan gabungan ini ... kita akan mula melihat bahawa suara kita perlu didengar dan diberi perhatian yang serius," katanya.

"Melalui gabungan ini, kita mahu membantu pemimpin-pemimpin kita dan kerajaan BN sekarang untuk mentadbir negara dengan lebih cekap dan adil, keputusan yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia, terutama orang-orang tempatan di Sabah dan Sarawak," kata Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Jikulin Nointin.
Upko , PBS , PBRS

Artikel Sebelum

Polis Buru Kumpulan Jihad

Artikel Berikut

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain