suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NGO Pemurah Tak Bertempat 'Manjakan' Gelandangan - Rohani

KUCHING: Sifat pemurah yang tidak bertempat dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia menyukarkan usaha untuk menangani masalah gelandangan di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata golongan gelandangan merasa 'dimanjakan' oleh NGO berkenaan, yang memberi makanan kepada mereka di jalanan.

"Saya tidak menghalang NGO memberi makanan kepada mereka (golongan gelandangan) tapi berilah di tempat-tempat (kebajikan) yang bersesuaian," katanya dalam program "Meet My Netsterz," satu program dialog kementerian bersama blogger tempatan di sini.

Menurutnya perbincangan sudahpun diadakan dengan NGO terlibat supaya mereka dapat menyalurkan bantuan melalui saluran yang bersesuaian.

Beliau berkata kementerian juga menyediakan pelbagai kemudahan tempat tinggal dan latihan untuk gelandangan bagi mengelak mereka daripada terus berada di jalanan.
NGO, gelandangan

Artikel Berikut

Artikel Lain