Jakim Tentukan Tanda Aras Sijil Patuhi Syariah - Semasa | mStar

Jakim Tentukan Tanda Aras Sijil Patuhi Syariah

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dilantik sebagai badan yang menentukan tanda aras patuh syariah perkhidmatan selain daripada produk makanan dan perbankan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pelantikan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Islam (MKI) baru-baru ini dan tanggungjawab Jakim kini diperluaskan bagi menentukan kriteria-kriteria patuh syariah untuk produk seperti pelancongan, spa dan perhotelan.

"Jakim telah ada pasukan bagi menentukan kriteria bagi produk seperti pelancongan Islam, spa atau hotel patuh syariah itu bagaimana ciri-cirinya.

"Jika semua ini telah diperhalusi, maka semua perkhidmatan ini akan diiktiraf Jakim sebagai patuh syariah sebagaimana makanan yang ada sijil halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Majlis Penasihat Syariah Institus Kewangan di Malaysia kali ke 19, di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata langkah itu perlu memandangkan terdapat banyak permintaan dari permain industri perkhidmatan yang mahu pengiktirafan halal dan kecenderungan pengguna yang semakin gemar menggunakan produk berasaskan Islam.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Malaysia kini menjadi rujukan dunia dalam pelaksanaan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam dan perlindungan insurans takaful.

"Kita mempunyai rekod unggul dalam pelaksanaan kewangan berasaskan syariah dan kita berharap pemain-pemain syariah Malaysia menempa nama di persada dunia sebagai tempat rujukan negara-negara lain," kata Jamil Khir.

Muzakarah sehari yang merupakan program tahunan sejak tahun 2004 kali ini bertemakan "Pematuhan Syariah Perkukuh Ekonomi Ummah" dan disertai 150 peserta.

Program anjuran Jakim ini antara lain bagi meningkatkan kerjasama dan penyelarasan di peringkat kebangsaan dalam bidang syariah di sektor kewangan.

Ia juga membincangkan tajuk-tajuk terpilih berkaitan isu-isu syariah yang relevan dalam kewangan Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Antara pembentang dan pengulas kertas kerja kali ini ialah Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.


Jakim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain