6,275 Pelacur Pelbagai Negara Ditahan - Semasa | mStar

6,275 Pelacur Pelbagai Negara Ditahan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini. 

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).

Wanita negara lain yang turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini ialah Pakistan, Nepal, Kampuchea, Uzbekistan, Nigeria, Singapura, Rusia, Sri Lanka, Venezuela dan Perancis.
 
Roslee berkata polis melakukan 18,520 serbuan bagi membanteras kegiatan pelacuran dengan yang tertinggi di Selangor iaitu sebanyak 4,959 diikuti Kuala Lumpur (3,518), Johor (3,074) dan Perak (2,426).

Beliau berkata wanita tempatan turut terbabit dengan gejala pelacuran iaitu seramai 621 orang sepanjang empat bulan lepas (Januari hingga April 2014).

 "Tahun lepas, polis tahan seramai 934 wanita tempatan sepanjang tempoh masa yang sama," katanya sambil menambah polis sedang giat mengumpul maklumat berkaitan ejen persendirian dan sindiket pelacuran terbabit.
pelacuran , Roslee Chik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain