Cerita Najib Tak Dapat Makan Telur Setengah Masak Gamatkan Invest Malaysia - Semasa | mStar

Cerita Najib Tak Dapat Makan Telur Setengah Masak Gamatkan Invest Malaysia

Najib menjawab pertanyaan Johan Raslan (kanan) selaku moderator pada sesi dialog bersama Perdana Menteri sempena 'Invest Malaysia Asean's Multinational Market Place 2014' di sini, Isnin.
KUALA LUMPUR: Cerita yang dikongsi Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak dibenar makan telur setengah masak semasa melawat China baru-baru ini, membuatkan mereka yang hadir pada majlis perasmian Invest Malaysia 2014 di sini  ketawa besar.

Perdana Menteri berkata, semasa di Beijing, beliau tidak dapat menikmati telur setengah masak setiap pagi seperti biasa atas sebab kesihatan dan ada seorang pegawai kesihatan yang dilantik China untuk memastikan perkara itu.

"Saya biasanya suka makan telur setengah masak yang direbus dalam masa tiga minit, tetapi di China saya tidak berpeluang menikmatinya.

"Ada seorang inspektor kesihatan yang akan memastikan telur yang saya makan itu direbus selama 10 minit, jadi saya benar-benar sihat." katanya dalam sesi perbualan selepas menyampaikan ucap tama di Invest Malaysia 2014 di sini, pada Isnin.

Sesi itu dikendalikan bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers Malaysia, Datuk Seri Johan Raslan.

Najib berkata, layanan istimewa yang diberikan kepadanya di China membuktikan tragedi kehilangan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) pada Mac tidak menjejaskan hubungan antara Kuala Lumpur dan Beijing.

Perdana menteri melawat China dari 28 Mei hingga 2 Jun lepas bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Kuala Lumpur-Beijing.

Najib menekankan bahawa hubungan mesra dan rapat dengan pemimpin antarabangsa secara formal dan tidak formal, akan mewujudkan peluang besar dalam banyak perkara.

Berkongsi cerita lawatan Presiden Amerika Barack Obama di Malaysia pada April lepas, Najib berkata, beliau terpikat dengan kenderaan presiden yang dipanggil 'The Beast' itu dan berangan beliau ada sebuah.

"Saya berangan hendak dapatkan sebuah tapi saya tak fikir saya boleh dapat. Ia sebuah kenderaan yang amat selesa," katanya bergurau.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain