Raja Kasut Jimmy Choo Promosi Raja Buah Destinasi Pelancongan - Semasa | mStar

Raja Kasut Jimmy Choo Promosi Raja Buah Destinasi Pelancongan

Jimmy Choo (duduk) bersama empat chef dari Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa dan Penang's Golden Sands Resort ketika sesi penggambaran Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan durian di Ladang Durian Bao Sheng di Teluk Bahang. Foto WAN MOHIZAN WAN HUSSEIN / THE STAR

GEORGE TOWN: Kehadiran ikon pereka kasut terkenal yang juga anak kelahiran Pulau Pinang, Datuk Jimmy Choo untuk mempromosikan pulau mutiara itu sebagai sebuah destinasi pelancongan durian antarabangsa disifatkan pilihan yang amat tepat.

Pereka kasut itu berada di Ladang Durian Bao Sheng di Teluk Bahang untuk satu sesi penggambaran yang dianjurkan oleh Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa bagi mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi Durian untuk pasaran China.

Choo selepas menikmati buah durian berkata, beliau merasakan adalah penting untuk mempromosikan sektor pelancongan Malaysia kepada pelancong yang berpotensi dari negara-negara lain.

“Ia merupakan satu penghargaan buat saya untuk membantu mempromosikan Pulau Pinang dan Malaysia kepada dunia,” kata Choo, yang juga merupakan Duta Pelancongan Malaysia.

Beliau berkata, beberapa tahun dahulu, beliau membawa krew-krew program Britain’s Next Top Model ke Pulau Pinang untuk melakukan sesi penggambaran dan menikmati buah durian, di mana kesemua mereka begitu menyukai raja buah itu.

Jimmy Choo menunjukkan antara buah durian yang disukainya. Foto WAN MOHIZAN WAN HUSSEIN / THE STAR 

Choo yang menggemari durian jenis Raja Musang berkata, terdapat banyak spesis durian dari Udang Merah ke Hor Lor dan pelancong asing sudah tentu menyukainya.

“Durian Raja Musang akan sentiasa menjadi pilihan saya kerana saya sering mendapatkannya sejak kecil lagi.”

Selain buah-buahan, Pulau Pinang merupakan destinasi pelancongan yang bersesuaian buat para pelancong yang mahu merasaikan kehidupan lebih tenang, jauh dari kesibukan kota.

"Sebagai contoh, semasa dalam perjalanan saya ke dusun durian dari hotel, saya melalui Batu Feringghi dan Teluk Bahang di mana saya menikmati udara segar dan persekiran alam semula jadi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Shangri-La’s Rasa Sayang Resort and Spa, Suleiman Tunku Abdul Rahman berkata, Choo begitu dikenali di China dan sudah tentu peranannya dalam mempromosikan buah durian kepada pelancong China merupakan langkah yang terbaik.

“Hotel kami serta Penang Golden Sands Resort pada masa ini sedang menawarkan Pakej Pelancongan Durian sehingga akhir tahun ini di mana mereka boleh ‘makan seberapa banyak durian yang mereka boleh’ sepanjang musim durian ini.

“Kualiti buah Durian di Pulau Pinang merupakan antara yang terbaik dan terdapat pelancong yang terbang dari Hong Kong, China dan Jepun ke sini hanya untuk menikmati durian-durian Pulau Pinang,” katanya pada sesi penggambaran itu.

 

Jimmy Choo , durian , raja buah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain