suria

MCA Bantu Masyarakat Cina Fahami Konsep 1Malaysia

SEGAMAT: MCA akan melakukan program jelajah di seluruh negara untuk membantu masyarakat Cina supaya memahami konsep 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polisi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan.

"MCA mahu masyarakat Cina terlibat secara aktif dalam dasar ini. Ia akan membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh enam tahun akan datang, katanya di sini, Sabtu.

Tambah beliau program berkenaan juga merupakan sebahagian daripada pelan transformasi dalaman parti untuk terus membantu kaum Cina.

Tambahnya lagi, MCA juga akan mengadakan perbincangan dengan kumpulan peniaga kecil dan sederhana daripada masyarakat Cina supaya terlibat dalam polisi kerajaan.
MCA, Konsep 1Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain