Buat Aduan Jika Pemandu Dipaksa Kerja Semasa Sakit - SPAD - Semasa | mStar

Buat Aduan Jika Pemandu Dipaksa Kerja Semasa Sakit - SPAD

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA:Pemandu bas yang dipaksa majikan supaya bertugas walaupun tidak sihat untuk memandu untuk perjalanan jarak jauh disaran mengemukakan aduan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, operator syarikat bas tidak sepatutnya membiarkan pemandu bertugas dalam keadaan mengantuk dan keletihan.

"Jika pemandu dipaksa bekerja walaupun letih dan mengantuk jangan jadi bisu, bawakan ke Kementerian Sumber Manusia. Operator bas tidak boleh buat penganiyaan terhadap pemandu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke lokasi perkhidmatan pengangkutan awam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di sini, Isnin.

Syed Hamid juga berkata beberapa kemalangan bas yang mengorbankan nyawa penumpang dapat dielakkan jika operator bas sentiasa mengambil langkah berhati-hati dalam memilih pemandu mereka.

Mengenai kemalangan bas ekspres dan pelancongan yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini, beliau berkata SPAD akan memanggil operator bas terbabit dan sedang menunggu siasatan polis sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bagaimanapun, beliau berkata tindakan menggantung perkhidmatan syarikat operator bukan langkah penyelesaian yang berkesan untuk mengelak kecuaian dan kesalahan yang dibuat oleh pemandu bas pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau berharap semua agensi yang terlibat dalam perkhidmatan awan dapat berbincang dan menyelaraskan bidang kuasa dalam aspek tindakan undang-undang dan latihan kepada operator bas.

Semalam, seorang pelancong warga Singapura maut selepas bas persiaran yang dinaiki terjunam ke dalam gaung di Km 70 Jalan Kuantan-Segamat, iaitu nahas kedua membabitkan bas dalam tempoh tidak sampai 24 jam di Pahang.

Sabtu lalu, seramai 10 penumpang cedera apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Km 118 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur.

Sebelum itu, Syed Hamid dan pengurusan kanan SPAD adalah kumpulan pertama yang dibawa melawat stesen KLIA Ekspres yang baharu di KLIA2.

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) diberi lesen baharu untuk beroperasi di KLIA2 mulai 14 April lepas. 

KLIA Ekspres dan perkhidmatan KLIA Transit telah disambung hingga KLIA2 dan akan beroperasi pada 2 Mei ini serentak dengan pembukaan terminal lapangan terbang KLIA2.

Syed Hamid berkata tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur Sentral ke stesen KLIA2 mengambil masa 33 minit dengan dua minit semasa berhenti di stesen KLIA.


SPAD , pemandu , sakit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Pantau Perjudian Siber Haram

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain