Remaja Mengaku Tidak Bersalah Ugut, Miliki Pistol - Semasa | mStar

Remaja Mengaku Tidak Bersalah Ugut, Miliki Pistol

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan mengugut saudaranya sendiri dan memiliki sebilah pisau, Khamis lepas.

Tertuduh berumur 18 tahun itu didakwa melakukan ugutan dengan mengacukan sebilah pisau terhadap lelaki itu di bawah Blok 3, Jalan 1/112A, Taman Bukit Angkasa di sini pada 1.50 pagi, 17 April.

Dia juga didakwa atas pertuduhan memiliki sebilah pisau berukuran 16 inci di depan sebuah restoran di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam pada 2.15 pagi tarikh sama.

Bagi kesalahan mengugut, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum tujuh tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan memiliki pisau, remaja itu didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dijatuhi hukuman penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Iznan Abdul Malik.


Mahkamah , Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain